Thursday, December 22, 2011

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011



Khamis 22 Disember 2011, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mula diedarkan kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan yang diadakan pada bulan Oktober lepas. Tahniah bagi calon-calon PMR 2011 dari SMK Agama Kota Kinabalu.



Ini adalah sebahagian pelajar putera dan puteri SMK Agama Kota Kinabalu yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2011 dengan mendapat 9A...TAHNIAH!!!!!!!

Friday, October 14, 2011

PIDATO KPDNKK


Rabu, 13 Oktober 2011, SMKAKK telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan pidato peringkat negeri Sabah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Wednesday, July 20, 2011

Perkhemahan Agung 2011

15 Julai 2011, SMK Agama Kota Kinabalu telah mengadakan perkhemahan agung peringkat sekolah selama 3 hari.  Program ini telah dapat diselesaikan dengan jayanya dengan hasil kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar.Ini adalah beberapa aksi yang sempat kami hasilkan...



To be continue..............................

Wednesday, May 11, 2011

MINGGU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011


Minggu peperiksaan pertengahan tahun 2011 sedang dijalankan di dewan besar SMKAKK. pelajar-pelajar sedang khusyuk menjawab soalan. Bermacam-macam gaya mereka untuk memerah segala ilmu atau hint-hint yang diajar oleh guru-guru mereka.


Inilah pemandangan yang dapat dilihat dari pintu masuk dewan besar SMKAKK ketika pelajar sedang mengambil peperiksaan. Akhir kata good luck kepada semua pelajar-pelajar SMKAKK semoga dapat menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang lagi suci...hehehe....SELAMAT BERAMAL...

Tuesday, May 10, 2011

Iktifal Anugerah Cemerlang

Assalamualaikum.....

         Sabtu 30 April 2011 bersamaan 26 Jamadil Awal 1432,Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMKAKK) telah mengadakan Iktifal Anugerah Cemerlang peringkat sekolah kali ke-19 yang dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun. Majlis bermula pada jam 8.00 a.m hingga 12.30 p.m. dengan kehadiran seramai 700 orang termasuk ibu bapa selain dari pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sokongan SMKAKK ini. Anugerah ini disampaikan khas kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang didalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dimana pelajar-pelajar ini mendapat straight A dalam semua matapelajaran yang diambil.Selain itu dengan adanya ucapan dari YB,pengerusi PIBG serta pengetua SMKAKK, ia dapat membakar lagi semangat pelajar-pelajar SMKAKK supaya dapat mencapai visi dan misi SMKAKK....

VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 
Kota Kinabalu Sentiasa Unggul

MISI

Melahirkan Generasi Pelajar Muslim Yang
Bersahsiah Tinggi, Berbudaya Ilmu dan Berketerampilan Melalui
Pengurusan Berkualiti Bagi
Merealisasikan Tuntutan Agama dan Wawasan Negara


Wednesday, April 27, 2011

Peta Lokasi SMKAKK

Sejarah SMKAKK

SMKA Kota Kinabalu ditubuhkan pada 1 Disember 1990, bersamaan dengan 15 Jamadil Akhir 1411 Hijrah. Dengan tertubuhnya sekolah ini, bilangan SMKA di Sabah telah bertambah kepada enam buah.  Ini seiring dengan hasrat Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu, untuk melihat pertambahan bilangan sekolah agama di Negeri di Bawah Bayu.
 
          SMKA ini terletak di Bukit Padang, kira kira 20 minit dari bandar Kota Kinabalu. Tapak dan bangunan yang ada pada hari ini merupakan peninggalan UKM cawangan Sabah sejak tahun 1979. Guru perintis SMKAKK ialah seramai 12 orang. Antaranya ialah Ustaz Haidon Hadi Sapiri (Pengetua), Adenan Husin (Penolong Kanan Pentadbiran), Mohd Rozaimi Abd Razak, A. Talib Ismail, Anuar Jasmin, Melih Bidin, Mahyani Simis, Azlan Sukir, Ustazah Wan Jah Abdullah, Zaharah Bani Yamin, Rosnani Harun, Nor Husnah Abdullah dan En Nasif Kasim (kerani).
 
           Pendaftaran pelajar SMKA ini bermula pada 1 Januari 1991. Barisan pelajar batch pertama yang mendaftar merupakan pelajar Tingkatan 1(4kelas) dan Tingkatan 4 (3 kelas). Jumlah pelajar ialah seramai 205 orang.
 
            Penubuhan SMKA ini adalah berteraskan Takwa, Islam dan Ihsan. Justeru itu, adalah menjadi cita-cita dan hasrat SMKA Kota Kinabalu untuk melahirkan anak bangsa yang cemerlang di samping mempunyai keperibadian yang teguh sebagai pemimpin negara masa hadapan.